Sunday, 20 October 2013

5 Exercise untuk Miss V yang CHantek!


Exercise 1 : 
Buat latihan gerakan berdiri dengan satu kaki dihulurkan ke depan bagi membentuk dan menguatkan otot bahagian miss V. Kemudian, turunkan perlahan-perlahan badan (lutut anda tidak melebihi hujung jari kaki bagi mengelakkan kecederaan) seolah-olah anda duduk di atas kerusi maya. Tekuk lutut kaki yang di depan dengan kedua-dua belah tangan dan bawa berat tubuh membongkok ke hadapan. Tahan beberapa saat kemudian berdiri kembali. Ulang latihan ini antara 10 hingga 20 kali. Latihan ini juga dapat membantu menguatkan otot-otot di bahagian lain tubuh.
Exercise 2 : 
Lakukan latihan pengencangan otot bagi membantu mengencangkan otot di bahagian paha dan miss V. Buat posisi seperti mahu merangkak dengan satu kaki digerakkan ke atas sehingga otot-otot terasa seperti ditarik. Lakukan gerakan ini sebanyak 10 hingga 20 kali dengan bertukar-tukar kaki. Saya sarankan anda amalkan latihan ini secara berterus agar ia akan sentiasa kelihatan pejal dan cantik.
Exercise 3 : 
Elakkan duduk terlalu lama hingga berjam-jam dalam satu masa. Tabiat ini jika tidak dihindari boleh memberikan kesan buruk kepada tubuh khususnya di bahagian Miss V. Umpamanya, ketika anda sedang sibuk menyiapkan kerja di meja. Cuba biasakan kalau boleh setiap 1 atau 2 jam sekali anda bangun berdiri dan lakukan sedikit regangan otot. Lakukan gerakan sambil berdiri lalu membongkokkan badan secara perlahan-lahan tangan cuba menyentuhi hujung kaki sehinga beberapa kali.
Exercise 4 : 
Anda seharusnya bijak dalam mengatur pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta mengamalkan diet rendah lemak. Berat badan yang berlebihan dan tidak terkawal boleh mempengaruhi bentuk bahagian miss V anda kerana lemak-lemak akan menutupi otot dan sekaligus menyebabkan ia melorot.
Exercise  5 : 
Elakkan dari memakai seluar atau pakaian yang terlalu ketat dan sendat. Seluar atau pakaian ketat di bukan sahaja menampakkan bahagian miss V menonjol malah sebaliknya akan menjadi tidak rata. Oleh itu, gunalah seluar atau pakaian yang longgar dan selesa terutamanya di bahagian miss V agar otot-otot pejal di miss V akan tetap terpelihara bentuknya.

No comments:

Post a Comment