Monday, 21 October 2013

Sakitnya....senggugut?? aper tu?

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh ramai wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar “primary spasmodic dysmenorrhea” dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Ianya dibahagikan kepada dua bahagian seperti senarai dibawah:-

Senggugut jenis Pertama dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan olih sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.

Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak apa anda tidak percaya. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut.

Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’.

Senggugut yang biasa iaitu bukan kerana penyakit lain dalam tubuh akan hilang setelah anak gadis itu kahwin dan melahirkan anak pertama. Manakala senggugut akibat penyakit pula memerlukan rawatan khusus bergantung kepada penyebab penyakit. Di peringkat ini pesakit dinasihat berjumpa doktor untuk rawatan dan ubat.

Melayukini.net - Bagi orang lelaki ini yang tidak tahu, inilah sakit orang perempuan yang sering mereka hadapi. Hanya orang perempuan sahaja yang tahu betapa sakitnya apabila menghadapi sakit senggugut. Jadi jangan marah jika kawan-kawan perempuan korang tiba-tiba mood swing tak tentu pasal ye.
http://melayukini.net/2012/02/bicara-wanita-apa-itu-senggugut/

Apabila Wanita Memaksimumkan Kesihatan...

Menurut Pegawai Perubatan, Dr. Asmah Musa, penuaan merupakan masalah kesihatan utama bagi wanita berumur 40-an dan menjadi mimpi ngeri bagi golongan wanita muda.
"Ia sering dikaitkan dengan menopaus. Bagi menempuh tempoh masa ini, pelbagai persediaan perlu dilakukan. Jika wanita memiliki kesihatan yang maksimum, sudah tentu mereka lebih positif berhadapan dengan masalah ini.

Sunday, 20 October 2013

IBU GAMAT -khasiatnya





  •  Air gamat juga boleh dijadikan ubat untuk jantung berlubang dan mencegah penyumbatan pembuluh darah akibat kolestrol dan bantu lancarkan peredaran darah
  • Digunakan untuk kanser payu dara 
  • Bantu juga bantu meredakan bengkak.Menjadi pilihan ibu-ibu yang baru bersalin kerana    1001 khasiat yang terkandung di dalamnya termasuk    membersihkan serta memulihkan rahim dan luka-luka    dalaman. 
  •  Bantu sembuhkan luka luar mahupun     luka dalam. 
Sbnrnya, byk lagi khasiat ibu gamat tetapi bila digabingkan kesemuanya ie daun mas cotek, nenas batu, madu lemah dan akar kayu seri rapat dapat menghasilkan jamu yg hebat ini!


*****tapi jamu seri perawan ni dilarang sama skali buat ibu mengandung*****

5 Exercise untuk Miss V yang CHantek!


Exercise 1 : 
Buat latihan gerakan berdiri dengan satu kaki dihulurkan ke depan bagi membentuk dan menguatkan otot bahagian miss V. Kemudian, turunkan perlahan-perlahan badan (lutut anda tidak melebihi hujung jari kaki bagi mengelakkan kecederaan) seolah-olah anda duduk di atas kerusi maya. Tekuk lutut kaki yang di depan dengan kedua-dua belah tangan dan bawa berat tubuh membongkok ke hadapan. Tahan beberapa saat kemudian berdiri kembali. Ulang latihan ini antara 10 hingga 20 kali. Latihan ini juga dapat membantu menguatkan otot-otot di bahagian lain tubuh.
Exercise 2 : 
Lakukan latihan pengencangan otot bagi membantu mengencangkan otot di bahagian paha dan miss V. Buat posisi seperti mahu merangkak dengan satu kaki digerakkan ke atas sehingga otot-otot terasa seperti ditarik. Lakukan gerakan ini sebanyak 10 hingga 20 kali dengan bertukar-tukar kaki. Saya sarankan anda amalkan latihan ini secara berterus agar ia akan sentiasa kelihatan pejal dan cantik.
Exercise 3 : 
Elakkan duduk terlalu lama hingga berjam-jam dalam satu masa. Tabiat ini jika tidak dihindari boleh memberikan kesan buruk kepada tubuh khususnya di bahagian Miss V. Umpamanya, ketika anda sedang sibuk menyiapkan kerja di meja. Cuba biasakan kalau boleh setiap 1 atau 2 jam sekali anda bangun berdiri dan lakukan sedikit regangan otot. Lakukan gerakan sambil berdiri lalu membongkokkan badan secara perlahan-lahan tangan cuba menyentuhi hujung kaki sehinga beberapa kali.
Exercise 4 : 
Anda seharusnya bijak dalam mengatur pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta mengamalkan diet rendah lemak. Berat badan yang berlebihan dan tidak terkawal boleh mempengaruhi bentuk bahagian miss V anda kerana lemak-lemak akan menutupi otot dan sekaligus menyebabkan ia melorot.
Exercise  5 : 
Elakkan dari memakai seluar atau pakaian yang terlalu ketat dan sendat. Seluar atau pakaian ketat di bukan sahaja menampakkan bahagian miss V menonjol malah sebaliknya akan menjadi tidak rata. Oleh itu, gunalah seluar atau pakaian yang longgar dan selesa terutamanya di bahagian miss V agar otot-otot pejal di miss V akan tetap terpelihara bentuknya.

Artikel: Isu Seks Punca Perceraian Meningkat


Keratan: The Malaysian Insider
OLEH SYED MU’AZ SYED PUTRA
JULY 20, 2010 -KL
Perkara-perkara yang berkaitan dengan seks menurut Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menjadi antara punca utama menyebabkan perceraian di kalangan pasangan beragama Islam.
Timbalan Presidennya Musa Awang mengakui pemerhatian mereka terhadap kes-kes yang dibawa ke mahkamah menunjukkan masalah berkaitan dengan seks menjadi antara punca mengapa pasangan mengemukakan permohonan mahu mengakhiri rumah tangga mereka.
Musa menjelaskan perkara itu berlaku kerana kurang keinginan seks sama ada daripada pihak suami atau isteri.
Selain itu jelas beliau, ketiadaan zuriat juga menjadi masalah besar dalam rumah tangga.
“Ia menjadi punca berlaku perbalahan kerana ada pihak yang memendam perasaan dan sakit hati akibat perkara yang dianggap kecil oleh sebelah pihak lagi,” katanya.
Sebenarnya punca masalah adalah kecil tapi bila masing-masing tidak duduk berbincang, ia sukar untuk dipulihkan, kata Musa ketika ditemui The Malaysian Insider baru-baru ini.
Katanya, antara punca besar keretakan rumah tangga ialah hubungan seksual yang hambar.
Bagaimanapun beliau tidak dapat memberikan perangkaan pecahan punca yang membawa kepada masalah bercerai.
Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004 menunjukkan faktor utama perceraian mendapat peratusan tertinggi ialah tiada persefahaman, curang dan enggan dimadukan.
Faktor lain kerana tidak bertanggungjawab, campur tangan mentua atau ipar duai, disebabkan ketagihan dadah atau alkohol, masalah kewangan, terbabit jenayah, judi dan masalah kesihatan serta didera.
Menurut statistik perceraian dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), punca krisis rumah tangga kerana tidak serasi, kecurangan, poligami, campur tangan keluarga, masalah kesihatan pasangan termasuk kesuburan dan suami isteri bermain kayu tiga.
Kajian dibuat syarikat Pfizer pada 2008 menunjukkan 57 peratus lelaki dan 64 peratus wanita tidak berasa puas dengan kehidupan seksual mereka.
Kajian dilakukan di 13 negara dari kawasan Asia Pasifik, termasuk Malaysia dengan taburan responden sebanyak 328 lelaki dan 250 wanita. Di negara ini, kajian mendapati 73 peratus wanita Malaysia tidak puas dalam hubungan seks mereka, 62 peratus lelaki turut dikatakan tidak puas.
Laporan pada tahun sama memetik Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Terengganu, Muhammad Ramli Nuh, berkata bau badan, adegan seks dan baju tidur membosankan dikenal pasti sebagai punca kenaikan kadar perceraian di negeri itu.
Kerajaan Negeri Terengganu terpaksa merangka satu cara inovasi untuk memperbaiki hubungan kelamin antara suami isteri khususnya di kalangan mereka yang baru berkahwin, termasuk menjemput syarikat kosmetik memperkenalkan bau-bauan eksotik yang mampu menimbulkan rasa ghairah, mencadangkan suami isteri lebih kerap mandi bersama sebagai salah satu jalan untuk mengukuhkan jalinan mesra.
Mengulas lanjut isu ini, Musa berkata apabila masalah tersebut tidak diselesaikan ia boleh menyebabkan pasangan terjerumus dalam fenomena berlakunya curang.
“Bila pasangan gagal mencari jalan penyelesaian ia boleh menjurus kepada berlakunya curang yang mana mempunyai kekasih gelap.
“Jadi apabila pasangan berlaku curang sudah tidak ada kepercayaan dan ia menjurus kepada penceraian.
“Selain itu, hubungan seks hambar itu juga disebabkan berlakunya berikutan kebanyakan lelaki dan wanita di negara ini lebih mengutamakan kerjaya daripada kehidupan berkeluarga,” katanya.
Justeru, Musa berharap pelantikan dua hakim wanita syarie oleh Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya baru-baru ini dapat membantu dalam menyelesaikan kes-kes yang melibatkan kekeluargaan dan cerai.
“Saya melihat pelantikan kedua-dua hakim wanita itu bagus untuk membawa kes-kes yang melibatkan kekeluargaan dan juga cerai.
“Ini kerana mereka mempunyai banyak pengalaman memandangkan mereka sebenarnya sudah lama bertugas sebagai pegawai penyelidik di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).
“Jadi sudah pasti mereka mempunyai pengalaman yang luas,” katanya.
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Latihan JKSM Suraya Ramli, 31, dan Penolong Pengarah Bahagian Latihan JKSM Rafidah Abdul Razak, 39, masing-masing dilantik Hakim Syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur.

CARA-CARA MAKAN JAMU SERI PERAWAN


  • KEPUTIHAN DAN LENDIR 
  • masukkan 1 biji jamu kedalam faraj disamping memakannya 3-5 biji jamu (ikut kesesuaian badan) 2 kali sehari pagi dan malam. 
  • KECANTIKAN PAYUDARA DAN KESIHATAN
  • makan 3-5 biji 2 kali sehari pagi dan malam
  • BAGI YANG DIDALAM PANTANG ATAU SELEPAS DATANG BULAN 
  • masukkan 1 biji pill kedalam faraj disamping memakannya 3-5 biji 2 kali sehari pagi dan malam
  • UNTUK KEPUASAN SEKS 
  • masukkan 1 atau 2 biji hingga melampaui ke pintu rahim... insyaallah 1-2 jam pintu rahim akan mengecut.  Segala ruang dan liku akan menjadi sempit.  Dengan itu insyaallah hubungan suami  isteri akan lebih mesra.